Salam sejahtera semua!!Seperti biasa,hari ini saya akan berkongsi lagi sedikit tentang permainan tradisional.Permainan yang saya akan berkongsi dengan hari ini adalah permainan 'Jengkek Ligan'.Ia juga dinamakan permainan 'Aci Jengkek.
Dalam permainan ini,pemain yang megejar pemain-pemain lain harus mengunakan kaki sebelah sahaja. Dalam permainan ini,pemain yang sedang mengejar diuji ketahannya untuk mengejar dengan kaki sebelah sahaja. Permainan ini sering dimainkan di kawasan halaman yang rata. Tiada peralatan yang diperlukan untuk permainan ini.
Permainan ini sering dimainkan oleh kanak-kanak diantara tujuh hingga dua belas tahun.
Keseluruhannya,objektif permainan ini adalah untuk menguji ketahanan dan kesabaran si pemain itu.
Saya harap anda mendapati maklumat ini sangat berguna untuk kamu semua. Sampai sini sahajalah pos saya pada hari ini.
sEmOgA jUmPa LaGi!!
Syafiqah=D
7.03.2008
7.02.2008
Gasing
Apa khabar pembaca-pembaca yang disayangi! Hari ini,saya akan melanjutkan perbualan saya tentang permainan tradisional. Saya akan berbual lebih mendalam lagi tentang satu daripada banyak permainan tradisional,gasing.
Permainan gasing sering dimainkan oleh budak-budak lelaki pada zaman dahulu,ketika datuk kami semua masih kecil dan sebaya dengan kami.Gasing merupakan sebuah permainan yang boleh berputar pada paksinya sambil mengimbang pada satu titik.Permainan ini sering dimainkan selepas musim menuai.
Gasing dibuat daripada kau berbaru,kemuning dan lain-laing lagi. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga ia menjadi bentuk gasing.
Untuk bermain dengan gasing itu,mula-mula pemain harus melilit tali pada gasing itu. Kemudian,dia harus memangkah gasing itu. Ini merupakan satu gerakan yang penting dalam permainan ini.Tumpuan,perhatian dan hayunan haruslah tepat supaya gasing itu akan tepat mengenai sasaran.
Terdapat beberapa pangkah seperti pangkah tebang,pangkah hentak dan pangkah layang.
Pada zaman sekarang,permainan gasing ini telah dibua dalam versi baru iaitu 'Beyblade'.
Inilah sahaja maklumat yang saya tahu tentang permainan tradisional ini.
Saya harap maklumat ini berguna untuk kam semua.
Semoga jumpa lagi di pos yang seterusnya!!

7.01.2008
Masih Ingat?
Apakah yang masih boleh kamu ingati tentang permainan tradisional? Adakah permainan ini semua masih wujud dalam ingatan kamu? Masihkah kamu bermain dengan permainan tradisional seperti congkak,ting-ting,gasing dan lain-lain lagi? Tidakkah kamu semua sedar bahawa permainan ini semua sebenarnya sering dimainkan oleh nenek dan datukmu pada zaman dahulu ketika mereka masih sebaya dengan kamu? Permainan tradisional ini semua berasal dari bangsa Melayu?
Saya rasa,permainan tradisional ini semua semakin melenyap dalam masyarakat Melayu. Remaja sekarang harus lebih mengetahui tentang permainan tradisional yang berasal dari masyarakat mereka...
Saya rasa,permainan tradisional ini semua semakin melenyap dalam masyarakat Melayu. Remaja sekarang harus lebih mengetahui tentang permainan tradisional yang berasal dari masyarakat mereka...
Langgan:
Catatan (Atom)